Sunday, July 10, 2011

Ku mahu kau Tahu



Di sudut termenung jauh,
Mengenangkan nasib kita,
Kita miliki separuh,
Berbentuk hati cinta namanya,
Walau kau jauh,
Ku sentiasa menunggumu,
Inginku imbas kembali memori,


Walau kau jauh,
Ku berjanji kan terus tunggu,
Dipisah lautan biru,
Ku mahu kau tahu,
Aku kan terus menunggu,


Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu,
Jangan pernah sekali kau buang,
Seperti cinta ini yang terbuku,
Akan bersemi jua,



Walau kau jauh,
Ku sentiasa menunggumu,
Inginku imbas kembali memori,
Walau kau jauh,
Ku berjanji kan terus tunggu,
Dipisah lautan biru,
Ku mahu kau tahu,
Aku kan terus menunggu,



Terus menunggu,
Kita kan bersatu,
Terus menunggu,
Ku mahu kau tahu,

Ku mahu kau Tahu

hArGa sEkUnTuM CINTA!

Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa
Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai
Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi
Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya
Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA 
~~~~~~~//~~~~~//~~~~~

Wanita…

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. 

Bukan dari kaki utk dialasi.. 

Bukan dari kepala utk dijunjung.. 

Tapi dekat dibahu utk dilindung.. 

Dekat jua di hati utk dikasihi.. 

Engkaulah wanita hiasan duniawi.. 

Engkaulah wanita istimewa.. 

Sedarilah insan istimewa.. 

Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. 

Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. 

Bahkan sbg hiasan kecantikan.

MaAf

maafkan aku jika melukaimu.
marahi aku jika perlu.
supaya ku tahu salahku.
jika ada.


aku hanya aku.
yang sering lalai dan alpa.


maafkan aku
sayang...