Sunday, July 10, 2011

Ku mahu kau Tahu



Di sudut termenung jauh,
Mengenangkan nasib kita,
Kita miliki separuh,
Berbentuk hati cinta namanya,
Walau kau jauh,
Ku sentiasa menunggumu,
Inginku imbas kembali memori,


Walau kau jauh,
Ku berjanji kan terus tunggu,
Dipisah lautan biru,
Ku mahu kau tahu,
Aku kan terus menunggu,


Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu,
Jangan pernah sekali kau buang,
Seperti cinta ini yang terbuku,
Akan bersemi jua,



Walau kau jauh,
Ku sentiasa menunggumu,
Inginku imbas kembali memori,
Walau kau jauh,
Ku berjanji kan terus tunggu,
Dipisah lautan biru,
Ku mahu kau tahu,
Aku kan terus menunggu,



Terus menunggu,
Kita kan bersatu,
Terus menunggu,
Ku mahu kau tahu,

Ku mahu kau Tahu

hArGa sEkUnTuM CINTA!

Pada redup renung dan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa
Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai
Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi
Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya
Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA 
~~~~~~~//~~~~~//~~~~~

Wanita…

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. 

Bukan dari kaki utk dialasi.. 

Bukan dari kepala utk dijunjung.. 

Tapi dekat dibahu utk dilindung.. 

Dekat jua di hati utk dikasihi.. 

Engkaulah wanita hiasan duniawi.. 

Engkaulah wanita istimewa.. 

Sedarilah insan istimewa.. 

Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. 

Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. 

Bahkan sbg hiasan kecantikan.

MaAf

maafkan aku jika melukaimu.
marahi aku jika perlu.
supaya ku tahu salahku.
jika ada.


aku hanya aku.
yang sering lalai dan alpa.


maafkan aku
sayang...

Monday, January 24, 2011

MeNyElEsAiKaN mAsAlAh BeRgAnTuNg X BeRtaLi

hari ni . 24hb Januari . 
aku nekad utk menghapuskan 
"digula-gulakan"
....hahahahhaha...
lupekan je org yg xsudi...
so,take it easy, amek la alternative laen....
ku dh jumpa 'cinta' baru....
tq SR SPORT...
aunty n abg ap ntah mmg sporting la...
sesuai sgt la dorg neh jual brg2 sport
....hahahahha....
akhirnye selesai 1 mslh gantung xbertali aku...
huhu...
life must go on...
so, kite enjoy!!!!!!!!!!




mereka adalah org yg bertanggungjwb mnjayakan misi ini....
tq kwn2 ku....luv u all!!!!!!!

Friday, January 21, 2011

aKu dAn kEkAsIhKu

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA - direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.  Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam...  pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

http://iluvislam.com/

ApAbILa dIgUlA GuLaKaN

hmmmmm.....nothing to say la klu dh digula gulakan...huhu...makan j la gula gula tu....tp ak sedikit sedey la...huhu....sbb gula gula tu tidak lah semanis yg dibayangkan...seperti digaram garamkan pulak....tp, disebabkan ak neh xsuke sedey2 sgt....( sikit2 tu boley lah )...so, take it easy sudah la....hahahahhaha....

Saturday, January 15, 2011

bUdAk bArU bElAjAr

assalamualaikum....
hahahahha....akhirnye ak dpt buat blog jugak.... :D ...aku sgt2 lah baru dlm ni...so, hope ad yg sudi utk bg tunjuk ajar...budak baru belajar la katakan...hehe...walau apepun, aku just nk ucapkan selmat berkenalan n semoga antara cinta dan janji akan lebih bermakna...hahahaha...ntah pape kn...so...itu je kot...daaaaaaaaa....